Thursday, June 12, 2008

DREAM THEATRE BEST!!!!

HARI TERAKHIR KURSUS KEWARTAWANAN PENYIARAN.

Hari nie merupakan hari terakhir kursus asas kewartawanan penyiaran kat IPTAR, selama 2 bulan!!!!!.... boleh tahan la jugak lame dier.... dan pagi nie aku baru habis presentation website yang aku buat tak sampai satu hari, dengan bantuan Aqam dan Jumaaahton.

Banyak jugak la yang aku dah belajar selama 2 bulan nie, selain bercuti....hehehehe.... aku kenal ramai orang yang berbagai2 karekter dan macam2 perangai. Banyak jugak la yang aku pelajari dari diorang nie, especially tentang menilai seseorang tu. Ader yang kiter tengok macam sombong, doko diam sorang2 tapi sebenarnya baik, peramah dan kepala otak die giler gak macam aku.... ( GILA!GILA!GILA!)... ader gak yang nampak cam emosional semacacm jer, ( macam aku ), asyik cakap dier jer betul tapi sebenarnya hati diorang baik dan understanding serta caring.....

Ader yang nak jadi mak tak lame lagi, ader yang naik pangkat and kena transfer tak lama lagi, ( sabar jela yek ), ader yang old timer ( cayalah en. Ghafar ! ), ader yang betul2 bersifat keibuan, ader yang mude lagi tapi perangai ngan rupe macam bapak orang..... hheeeeiii.... macam2 la orang dalam dunia nie kan....

kepada tenaga pengajar, Datuk Tiger, Dr. Mokhtar, Dr. Rahmat, Eric, Simon, Razlan, En Zaki, Pn. Ramlah, En Farami, Pn Vasantha, Pn Yusanani, Hj Muis, Dr. Nawiyah, fasilitator yang bertugas sepanjang kursus nie, domo arigato, thank you, terima kasih, Merci beaucoup, muchas gracias, makasih, dan segala ungkapan yang sama makne dengannyer.....


kalau aku tak join kursus nie, sampai ke tua la aku tak tau menahu pasal blog nie dan mungkin aku takder blog sampai sekarang.....


anyway, aku masih lagi tak pasti tentang masa depan aku dalam bidang journalism nie....


harap2 ader la harapan untuk aku satu masa nanti.....

oh ye!.... minggu depan dalam 16 Jun, pukul 2.30 pagi waktu Malaysia, aku akan berangkat ke Australia atas urusan kerja dengan TUDM. Satu peluang yang takkan aku lepaskan dalam hidup aku melawat tempat orang dan ini kali pertama aku pergi luar negara..... BEST GILER!!!!.....


kadang2 aku terfikir gak bidang journalism nie best oooo... dapat keluar tv, dapat jumpe menteri, dapat pergi keluar negara..... tapi ader masa aku rasa kerja nie macam tak sesuai dengan diri aku....


Entahla........


ape2pun, kepada semua peserta, nice meeting you all!!!!...... Taufeek, Jumaahton, Abg. Ghafar, Kak Azura, Marion, Effa, Kristo, Affendi, Azizah, Kak Sadiah, Ameer Rithaudin, Arqam, Ati Hasmila, Kak Juriyati, Afni, dan Wajihah....


MEMORIES REMAIN 4 EVA!!!!!!



Have A nice Day'z Ahead!......



GELI MAAAAAAATTTT!!!!!!!!

Tuesday, June 10, 2008

AKU MINAT APER SEBENARNYER?.....

Dalam menjalani hidup selama 27 tahun ni, ade sesetengah orang masih tak mengetahui aper yang die minat sebenarnyer. Memang obvious yang aku sangat sukekan hibura ataupun entertainment atau lebih kepada music. Masalahnyer sekarang, pasal bidang kerje nie....


Aku sekarang kerja sebagai wartawan ataupun broadcast journalist. Rasa kerja wartawan ini memang mencabar, cukup segala jenis rasa.... manis, masin, masam, pahit, kelat, macam-macam la...... sebelum tu aku kerja sebagai DJ radio plak. masa kerja DJ nie aku rasa best la jugak, sebab aku minat music kan..... tapi aku nak kerja yang boleh buat aku jadi glamor, macam kerja wartawan nie, aku boleh kuar tv.... same gak macam jadi artis atau penyanyi, dapat nyanyi "live" kat tv adalah satu kepuasan dalam hidup aku....


Ader masa aku rasa yang aku macam nak jadi pelukis atau designer.... aku boleh melukis dan ade basic nak jadi designer coz' dulu aku study kat UiTM S.Alam, jurusan Seni lukis dan Seni reka ( Industrial Design ).... tapi aku rasa lukisan aku lebih menjurus ke arah "Fine Art" atau pun seni halus.... ( alaaaa.... yang lukis2 gambar orang ngan permandangan tu......)...


Satu lagi, sebab aku pandai melukis dan main colour kot aku pernah keje kat kilang cat satu masa dulu.... aku buat "colour matching" dan jadi " lab tehnichian" untuk buat cat kereta untuk proton dan mercedes... pun aku buat keje untuk clerical gak... buat "filing" untuk "receiving raw material document"... cume kat sini aku kerja tak lama coz ader sebab2 tertentu.... entahla......


Satu ketika pulak aku kerja sebagai CCC kat syarikat telekomunikasi di s.alam... ( CCC tu customer care consultant ).... ala.... macam operator jawab tepon tu.... banyak gak yang aku belajar kat sini dan aku sedari sejak aku kerje kat sini, aku dah "develop" aku pumyer PR skill dan self confident....


kadang2 aku rasa macam nak jadi pengajar atau pakar motivasi la pulak.... rasa macam best jer kiter didik orang dan motivate orang agar diorang berjaya. best tau tengok orang yang kite tolong berjaya.... satu kepuasan! aku dah berjaya buat orang berjaya dan orang tu sekarang kerja kat berjaya times square.... ( kebetulan kot....)


Aku suke menyanyi dan pernah buat part time menyanyi kelab dulu.... sekejap jer la....


Aper yang aku minat sebenarnyer haaaaa........


Aku harap satu hari nanti sebelum aku mati, aku dapat tahu aper sebenarnya yang aku paling minat dalam hidup aku nie.... Lekas kite cari selagi kite berupaya menghirup udara segar didunia nie.....


Lupe lak!..... aku pun suke compose lagu dan tulis lirik gak.... akku dah buat satu lagu dan dalam proses untuk dikomersialkan. lagu tu aku buat untuk seorang insan yang aku paling sayang dalam dunia nie dan aku harap aku boleh bersama die mencari minat aku sampai aku pergi dari dunia yang sementara nie..... lagu asal nie hanya aku ngan die yang tahu sebab kalau lagu nie dan keluar radio nanti, ( harap2 jadi la projekl aku nie)... aku dah tukar lirik atas nasihat pakar dan ahli music yang berwibawa.....




JOM! kite cari dan terus mencari......


Have a nice Day'z ahead!!!!.....


GELI MAAAAAAATTTTT!!!!!!!!.....

Best Nyer....

hari nie aku dah masuk gambar aku edit sendiri...

ada dua gambar aku dah masukkan dalam blog nie....

rasa best je blog aku dah ader gambar.....

aper lagi, komen laaaa.......


GELI MAAAAAAATT!!!!!!!!........

Friday, June 6, 2008

PENING LA BUAT WEBSITE NIE!...


Aku kan malas gile la nak buat benda yang kena perah otak nie..... aku tak tau la macam maner agaknyer ruper orang yang cipte software DREAMWEAVER nie.... mesti otak die berserabut macam bulu ketiak aku kan....


Aku tak nak ketinggalan dalam mengejar kemajuan teknologi nie tapi kalau macam nie la gayanyer..... adooooiiii!!!!!! aku macam nak migrain la buat software nie...


mula2 macam terrer jer.... pastu die dah mula masuk benda mengarut2 nie, heeeiii.... rasa nak muntah pun ader...! kalau tengok gambar kat sebelah atas, macam nie la pandangan aku masa tengah buat website nie.
jadi aku rasa saper2 dalam dunia nie mesti rasa macam maner aku rasa bile kite mula2 belajar benda baru kan........
TIDO LAGI BEST KOT...... saper sokong?
Anyway, enjoy ur 'dayz', every'dayz and have a nice 'dayz' ahead....
GELI MAAAAAATTTTT!!!!!!

Tuesday, June 3, 2008

"Music TO'dayz'"




Aku memang suka muzik. aku tak tau kenape aku memang suke giler kat muzik. mungkin bagi aku, muzik memberikan aku peluang untuk aku meluahkan siapa diri aku sebenarnya. Kalau aku sedih, aku dengar muzik. Bila aku gembira, aku dengar muzik. Even bila aku geram, aku perlukan muzik untuk tenangkan aku. aku luahkan kreativiti aku melalui muzik. Aku suka menyanyi..... sangat suke gillleeeerrr.... Gila!gila!gila!gila!.. GELI MAAAAAAT!!!!

Kadang2 aku rasa aku tak suka langsung muzik dangdut, tapi aku tak boleh bias, ( dan juga muzik underground; untuk pengetahuan ), aku kena ambik tau sume pasal jenis muzik dari akar umbi die sume. Ahli muzik yang berjaya, die buat research atas sume jenis muzik. So camner?.... Pengaruh muzik dalam diri aku cukup banyak. Dari kecik, aku memang terdedah dengan muzik. Walaupun family aku bukan orang seni, ( tapi bapa aku boleh main biola,.... mana die belajar pun aku tak tau..) dan bapak aku pernah jadi imam masjid, hidup aku memang sebati dengan muzik. ( tapi kalau nak tau, ramai gak penyanyi yang berjaya dan gempak dilahirkan dari background famili yang mana bapak diorang pernah jadi imam..... huhuu..).

Tujuan aku buat citer ni supaya siapa2 yang baca tulisan buruk aku nie, boleh kongsi ngan aku anything, everything, all about music, aper sajer knowledge yang anda sume ader yang mungkin aku tak tau,..... dan, kalau anda sumer ader sesuatu yang menarik, lain dari yang lain tentang muzik, kongsi la ngan aku. Citer la ngan aku aper sajer, ader lirik yang mungkin boleh buat aku WOW! ngan korang. Aku suke bende yang lain dari yang lain sebab dalam hidup ni, aku memang nak sangat jadi lain dari yang lain.

Rock Kapak, Slam, Ukays, Metallica, Butterfingers, Subculture, Rotting Christ, Varatron, Boyz II Men, Marc Anthony, Innuendo, Anuar Zain, Hazami, Hattan, Jamal Abdillah, Nirvana, Amuk, Dream Theatre, Dewa 19, Gigi, Band2 Indon, Lagu2 slow RnB, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in a Million, Mentor, Gangstarz, American Idol, Belajar Classical Guitar, pergi jamming, Lagu untuk Farhana, Mutiara FM, Tarrega, Faizal Tahir, heeiiii...... macam2 lagilah yang nak aku tulis berkenaan hidup aku ngan muzik ni. So, aku rasa senarai yang aku tulis nie mungkin cukup menerangkan segala2nya tentang diri aku dan muzik.

Bukan aku lupe asal usul aku. Bukan aku lupe yang aku ni ader agama. Aku tak pernah lupa asal usul aku, agama aku. Tapi bagi aku, muzik tak pernah melalaikan aku dari tanggungjawab aku dengan tuhan. Ader masa aku memang emosional. Tapi sebab aku minat muzik la aku rasa aku boleh kawal diri aku. Jangan bataskan diri kita atas sesuatu yang menjadi sumber inspirasi kita, minat kita, keinginan kita yang tinggi..... Aku pernah rasa macam tu tapi sampai bile kita nak jadi hipokrit, berpura-pura tidak menyukai "makanan" kegemaran kita..... kucing pun kalau ikan depan mata, die kalau tak makan pun, mesti die cium nyer... ( tapi tu kucing... ) tapi tak kisahla....

Just Njoy ur music, every'dayz', starting to'dayz', and have a great'dayz' ahead.......

Monday, June 2, 2008

Kisah si buta IT

halllooooo.....

welcome to dayz territory......

gua maybe buta IT sangat masa mula2 nak setup blog ni....

but....

someday, i mean some'dayz' are meant to be great'dayz' in one'dayz'....

hahahaa.... who knows....

anyway, feel free to xpress ur feeling or anything related to life and reality.....

music is my life, actually... u can share with me anything about music....

join me and you'll have a nice 'dayz' ahead.....

GELI MAAAAAAAATTTT!!!!!!.....