Friday, July 11, 2008

LUBNAN OH! LEBANON..

Hari nie, lebih kurang seminggu lagi aku nak ke Lubnan atas urusan kerja...


Rasa teruja, gembira, takut, berdebar-debar, bersemangat, sedih , semua ader. Rasa sayang jer takder... hehehe.... rasa sayang, hey!.. rasa sayang sayang hey!..., hey! lihat nyonya manis, rasa sayang sayang hey.... hahahaha....





Menurut orang yang bertanggungjawab membawa aku ke sane, Mejar Sulaiman dari MINDEF, kitorang mungkin akan stay kat Beirut punya army camp... aku tengok dalam wikipedia, Lubnan sebuah negara yang canteeekkkk..... bersempadan dengan Syria dan Isr..... what!!!??? Israel? yup!.. Israel bersempadan dengan Lubnan di bahgian selatan... bunyik dier macam ngeri jer kan tapi aku ader gak rasa teringin nak masuk dalam Israel tu....





Terletak di bahagian barat Asia, Lubnan juga di kenali sebagai: Al-Jumhūrīyyah al-Lubnānīyyah atau Lebanese Republic. Negara nie dekat dengan laut mediterranean dipesisir pantai dier ( lebih kurang 225 kilometer ), bahagian utara, keluasan sempadannyer dengan Syria 375 kilometer dan bahagian selatan dengan Israel, 79 kilometer. Disini juga terletak puncak dataran tertinggi di timur tengah, Qornet El Sawda setinggi 3088 meter. Lebanon ini ader musim sejuk tau.. lau tak caya tengok gambar yang aku letak nie.... dari angkasa@satelit nampak tompok2 putih yang menunjukkan kawasan yang dilitupi salji...




Kalau kite lihat sejarah Lubnan nie, banyak kerajaan dah tawan Lubnan nie termasuklah orang Assyrian, Persian, orang Greek, Roman, Arab, Kerajaan Othmaniah dan latest one is Perancis.
Bahasa yang diorang guna, arab, French, English and some Armenian... ( hope diorang understand English well kat sane nanti, tak la susah aku nak communicate ngan diorang nanti....)

Preparation?... dah ke belum haaa...? setakat nak packing baju2 ker, nak ambik laptop ker, kamera ker, itu boleh buat last minutes tapi yang paperwork ngan gerak kerja kat saner tu.... satu aper pun tak siap lagi beb.... ingat nak main redah jer buat bile sampai saner nanti. tapi aku rasa macam rugi jer kalau aku buat main2 sebab bukan senang aku dapat peluang pergi tengok negara orang nie. Masalah nyer sekarang nie, aku cume pergi berdua jer ngan cameraman aku tapi story ngan assigment yang nak kena buat boleh tahan pecah kepala gak la... Laporan uintuk berita nak kena hantar tiap2 hari, laporan untuk geleri perdana lagi, dokumentari khas lagi, shoot untuk hari raya lagi..... adooyai! tapi takper... aku akan buat yang terbaik! ( Ceh!... Klise sungguh ayat nie )....

Aku bertolak lebih kurang 11 pagi dari TUDM Subang, naik bas ke KLIA pastu naik flight ke Lubnan.... pastu tah la... tengok la aper yang akan berlaku seterusnya kat saner.. Lubnan nie selamat ke tak haaa? kawan2 aku sume cakap suruh aku tinggalkan wasiat sebelum aku pergi. Yeke?... Ader orang cakap saner tak la bergolak sangat macam Palestine ngan Afghanistan... tapi wallahuallam.... ajal maut di tangan tuhan, kalau takdir aku mati kat sana, harap2 mati syahid la yea.... doakan la keselamatan aku disana... buat yang tersayang, andai aku pergi tak kembali, usah tangisi pemergian ku kerana semangat ku tetap sentiasa bersamam mu, dimana saja, selama-lamanya....

Eh... nie apehal nak emosional lak nie.. cukup2!! Insyallah nanti saper2 yang biasa tengo tv kerajaan ( TV1 & TV2 ) jangan lupe la yek, dari 20 Julai sampai 30 Julai, intai2 la laporan aku dari sane yek!... Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Yang penting, mula2 sekali nie, doakan aku jadi pergi ke Lubnan dulu... ( taknak jadi macam Australia dulu, last2 minutes cancel tak jadi, Hampeh! )...

Lau aku ader masa, setiap hari disana aku akan update aper yang berlaku kat saner nanti. So, rajin2 la bukak blog aku nie ea.....

Have A nice Day'z Ahead...

GELI MAAAAATTTTT!!!!!!!



8 comments:

KUSINAR said...

Kau pegi Lubnan? bestnya wei. aku doakan kau jadik pegi (ekekeke) serta selamat pegi dan pulang. wahhh mcm nak pegi berjuang jek. tapi aku ckp betul kat kau ni, tempat tu memang bahaya beb! zon perang tuh. tapi aku yakin mindef akan jaga kau giler2 punya.

aku harap kau buat laporan yang betul2 ngam ho punya. jgn buat sterotaip mcm reporter rtm lain buat. buat rugi jer duit kerajaan hantr org g oversea kalau mcm tu.

kau buat lain dr yang lain. jgn direct report buta2. tapi buat kau punya point of view. biar org malaysia khususnya dan dunia amnya tengok laporan real on location yang dilaporkan oleh kacamata timur, malaysia (wich is kau) bukan dr kacamata barat yang selalu bias.

buat dokumentari pun, plan cantek2. jgn discus yg org yang hampeh, study, cari source byk2. report perkara baru yang public belum tahu. jgn klise.

masa nilah kau nak uji diri sendiri, tahap pemikiran kau. dan tunjuk keupayaan kau kat bilik beria tuh.

kalau report kau excellent jgn haraplah kene puji. tapi kalau hampeh, bersedialah utk kene maki.

tapi mahathir, satu je yg kau perlu ingat, tak penting apa yg org fikir pasal kita, asalkan kita tahu kita sapa..

oklah all the best to you, aku akan follow report kau masa kat sana nanti, insyaallah. jaga diri... :)

greatdayz9 said...

Thanx a lot jumaahton.

aku tak sangka baru post semalam citer nie dah ader orang komen.....

terima kasih atas nasihat ko. doakan keselamatan aku kat saner. aku berharap sangat yang aku dapat buat yang terbaik untuk diri aku dan memang betul, ni lah masa untuk aku menguji tahap kemampuan aku dalam bidang nie...

jangan lupa tgk blog aku waktu aku kat saner nanti.


CHOW CHIN CHOW!!!


Have a nice Day'z ahead....


GELI MAAAATTTT!!!!!!...

Juriyati Mat Jalil said...

Peluang yang datang jangan disiakan. Buat yang terbaik, kerana akak yakin, ko punya kemampuan dan keyakinan diri. Tapi...satu perkara yang perlu ada pada diri ko, sentiasa sabar dan tawakal walau dalam apa keadaan pun. Akak doakan, Allah akan permudahkan segala urusan ko. RABBI YAASER WALA TU ASSER.
Tentang bahaya, jangan dirisaukan sangat. Sampai manapun nyawa kita ni, segalanya ditentukan Allah. Yang penting...bawalah bekalan amal ibadat tu banyak2...setidak2nya kita sentiasa bersedia.
Wah...Mahathir akan menampilkan keistimewaannya yang tersendiri, di sini bermula segalanya...
Selamat Maju Jaya....

NIzATIe said...

wei..DAISY hihihi!!!ingat pesan EDITOR JUM hehehe!!!

Aku takderlah hebat sgt mcm ko dpt ke Lubnan tapi aku ni nak ke medan perang gak..NARATHIWAT..kecut perut beb...puak pemisah selatan Thai mmg tak suka org Islam, aku xleh sorok coz nampak sgt sbb imej aku yg bertudung wlupun tak ayu pun! Tourism ada ker buat sukan persahabatan Malaysia Timur - Thai kat situ..menambahkan kecut perut aku bila dgr berita orang Malaysia kena tembak dari jarak dekat hari ini..tp demi RTM dan tugas aku pegi gak HUHUHU!!!

greatdayz9 said...

Alloooo...

Thanx atie n kak ju coz baca nukilan saya nie ( harap bukan yang terakhir la nani...)

insyallah saya akan berikan yang terbaik.... ( heeiii!!! benci tul ayat klise nie....)

Atie,

anggaplah kalau kite mati masa bertugas tu mati syahid la yek..
mak aku pun cakap nie sume takdir... tul cakap kak ju tue. Aper saje yang berlaku dah ditentukan Allah.

kalau merah kata Nya, Merahla...

satu lagi, ingat tag line kite;

SAYA YANG MENURUT PERINTAH...

heheheheheeee....

jumpe lagi bulan ogos nanti ea...

chow chin chow!

Have A nice Day'z Ahead....

GELI MAAAAAATTTT!!!!!

Unknown said...

Bro,

Congrats to you. Another superb opportunity 4u. The chances you got this time around would never be the same like the ordinary chances.

Don't think too much of being the best. Just follow your guts - by means what Lebanon can offer you there and most important how you can value your story to us (audience). Instead don't be affraid of trying diferrent approach (method) coz we're looking 4ward to it.

Either your outcome being credited nor criticise, it's only matter of how do you satisfied on your effort to gather whatever things that suit to your story.

Remember bro. You are there, it's your story & only you know how to pin up your angle. Don't let unnecessary distraction blurry your concerntration. No rush, relax & plan wise. Just remember the rabbit vs. tortoise story - wisely and slow, they stumble that run fast.

Treat this chances as your commitment for the next stepping stone. Accomplish or do not begin!

All the best. And may your trip Blessed by God Almighty.

- cheers -
alfearro

Haffiz 696 said...

so..aku pulak.geliiimaat!!aku mmg denga lubnan tu tgh keoiss gilee.tembak org memang takde ati protnye sampai terburai tali perott.yang bersuami menjadi janda,yang beristri menjadi duda, yang bercouple menjadi ungka.hahahahahah!kalau ditakdirkan kau 'pegi', jgn risau,aku amik alih aweq kau.hahahahaahahah!aku akn belai dia cmane kau belai dia.aku akn smpaikan hajat kau nk kawin ngn dia tu dgn mengahwini dia.hahahaha.baik ko wasiat siap2 kat aku kan.

pepon,aku jeles jgk kat ngko dpt pg sana.best btol.tgk negara org.bab bahaya tuh,ape nk buat.dah tugas kao.lgi pon,org asek pg negara aman jek,abih tuh negara x aman sape nak pegi yee tak.jadi tuhan tu dah pilih kau.maka bergumbiralah.hehehehehehehehehe.

ala day, klu agak2 nak kene ambush tuh,ko bwat2 la mati.so xdela diaorang ambush ko.hihihihihi.sori lah gurau ganas skett ngn kao.

tapi ape2 pon, aku doakan kau slamat pg dan balik.insyaallah,pegi niat baik,tuhan tolong nye.yg penting ko kene igt kat Dia la day.

balik nanti bwkla sumting bro.helmet askar ke,peluru idup ke.hehehehe

chayok2!

Marian Awor said...

Mahatir,

Eeeiiiii untung nya kau. Siap pegi Lubnan lagi/ Ada bawa ole-ole ke... he...Cama mana, letaklah gambar dan pemandangan Negara Lubnan kat Blog u. Dapatlah Kak N tumpang sekaki tengok ya. Kalau Kak N pegi Lubnan, jangan-jangan laporan tak dibuat tapi tengok lelaki Lubnan. Uiii!!! handsome ooo!!!!